Kedatangan event terbesar tahun ini yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam dengan menjadikan bulan Ramadhan sebagai madrasah Tarbiyah(pendidikan) seterusnya mendapat redha daripada Allah SWT. Bagaimanakah persiapan Ramadhan kita pada kali ini?? Adakah Ramadhan kali ini, semakin baik atau semakin jauh daripada Allah?? Adakah kita sempat menghabiskan Ramadhan tahun ini??
Bulan Ramadhan di Tahun 1433 H atau tahun 2012 Masehi telah tiba, kini tiba saatnya bagi seluruh umat Islam melakukan ibadah wajib, iaitu menunaikan ibadah puasa selama lebih kurang 30 hari dan dengan rasa syukurnya kerana kita masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu bulan barakah ini. Semoga Ramadhan kali ini terus mendapat kenikmatan dan penghayatan dalam beribadah kepada-NYA seterusnya meraih kemenangan.
Allah SWT telah mengistimewakan bulan Ramadhan , pintu-pintu syurga terbentang luas kerana manusia berbodong-bodong melaksanakan ketaatan, ibadah dan taubat. Suasana kondusif untuk syaitan dibelenggu kerana manusia beralih kepada perkara makruf. Siang dan malam Ramadhan merupakan masa kemulian yang diberikan oleh Al-Haq, agar orang-orang yang beriman menambah keimanan kepada Allah SWT dan orang yang jauh daripada Allah mencari peluang yang terbentang luas sehingga Allah SWT mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan dengan Allah SWT.
Keutamaan dan keistimewaan paling
besar bulan ini adalah, Allah SWT telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur’an.
Mungkin ada diantara kita menjadikan Al-quran sebagai koleksi atau perhiasan,
padahal kita sepatutnya mentadabur dan mengingati tujuan sebenar penurunan
Al-Quran serta WAJIB mengamalkan seluruh isi kandungannya. Firman Allah:-
“Dalam
bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan
keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan
yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau
mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit
atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggatikannya pada hari-hari lain.
Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung
kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hedaklah kamu mengagungkan
Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur.”(Al-Baqarah :185)
Sambutan Aidilfitri lebih meriah berbanding sambutan
Ramadhan Al-Mubarak dalam konteks suasana hari jika dibandingkan dengan
negara-negara di Timur Tengah. Semoga kita semua dapat sama-sama melakukan
anjakan paradigma pada bulan Ramadhan sehingga akhir hayat, lalu bertambah umat
Muhammad SAW yang beriman di medan dunia sementara ini.
Akhir kalam, saya mewakili saf kepimpinan Gabungan Mahasiswa
Islam Semalaysia, Terengganu(GAMIST) mengucapkan selamat berpuasa kepada semua
umat Islam serta warga mahasiswa khususnya. Semoga sama-sama kita dapat
tunaikan solat sunat tarawih, qiamulail dan ibadah lain seterusnya tercapai
TAQWA yang menjadi teras dalam diri manusia mukmin.
Wallua’lam
Muhammad Izzuddin Moktar
Pengerusi Majlis Dakwah & Kebajikan GAMIS
Negeri Terengganu
Negeri Terengganu
No comments:
Post a Comment