Dek kerana mereka berkuasa, mahasiswa telah dijadikan sebagai
tempat uji kaji adalaha suatu tindakan yang sangat kami kesali dan mengecam
tindakan tersebut. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Terengganu menentang tindakan tersebut sebagai suatu tindakan yang tidak masuk akal dan tidak professional.
Hal ini menampakkan seolah-olah mereka sudah lari dari
slogan yang dilaung-laungkan selama ini oleh Perdana Menteri iaitu “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Dengan membekukan PTPTN bagi
kemasukkan
pelajar
baru-baru ini, jelas ia menunjukkan bahawa kerajaan pemerintah hari
ini terdesak sehingga sanggup menjadikan mahasiswa sebagai mangsa politik bagi
menunjuk yang mereka ini berkuasa.
Pebuatan ini jelas telah menzalimi mahasiswa, KUIS dan
UNISEL untuk dijadikan mangsa pemerintah seperti mana kata Menteri Pengajian
Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN) hanya sekadar ingin menguji sama ada Kerajaan Negeri
Selangor serius dalam menyediakan pendidikan percuma. Hal ini dengan jelasnya
mereka menzalimi hak mahasiswa dan kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan
zalim ini. Hal ini ada disebutkan di dalam Al-Quran pada Surah Al-Maidah ayat 8
:
Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu
semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi
menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu
kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku
adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan
bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam
akan apa Yang kamu lakukan.
Omar Abu Dardak Bin Suhaimi
Pengerusi GAMIS
Negeri Terengganu.