Saturday 31 March 2012

GAMIS TERENGGANU MENYOKONG IDEA DEKLARASI ANAK MUDA (INSPIRASI)

Gamis Terengganu menyokong penuh gagasan yang dibawa oleh Deklarasi Inspirasi Anak Muda (INSPIRASI). Inspirasi adalah suatu gagasan yang mampu membawa kepada penyatuan anak muda dalam usaha membentuk suatu komuniti anak muda terhadap pembentukan masa hadapan negara Malaysia yang lebih cemerlang untuk dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.


Di dalam suasana keadaan pada hari ini, generasi muda perlu diberikan perhatian khusus kerana mereka merupakan golongan paling dominan untuk diletakkan pelbagai  harapan dan hala tuju agama, bangsa dan negara. Golongan ini merupakan  pewaris kepada kepimpinan dan kehidupan akan datang. Mereka perlu lebih tampil dalam medepani masyarakat dalam semua perkara. Justeru itu keperibadian  mereka harus dilentur sedaya mungkin agar keseimbangan rohani, intelek, emosi  dan jasmani terbena dengan suburnya dalam membentuk generasi muda yang cemerlang.

Gamis Terengganu juga tertarik dengan kesungguhan INSPIRASI di dalam memperjuangkan enam gagasan yang meliputi lapangan 
[1] pendidikan, 
[2] perundangan, 
[3] ekonomi, 
[4] kerjaya, 
[5] politik
[6] sosial.

Saya yakin dan percaya bahawa INSPIRASI ini mampu bertindak sebagai check and balance kepada parti politik dan menjadi third voice dalam usaha pembangunan Malaysia yang lebih gemilang. Dengan ini Gabungan Mahasiswa islam semalaysia negeri Terengganu menyokong sepenuhnya gagasan yang dibawa oleh deklarasi Inspirasi anak muda ini yang dipengerusikan oleh saudara Eikhwan Ali. Kami diperingkat Gamis Terengganu juga menyeru kepada front-front mahasiswa dan anak muda lain terutama di negeri Terengganu ini untuk turut bersama-sama dalam menyokong dan menyumbang idea dalam menjayakan gagasan inspirasi ini.



Pengerusi Gamis Terengganu,
Gamis “Inspirasi anak Muda”

No comments:

Post a Comment