HULU TERENGGANU : GAMIS Terengganu telah menghantar wakilnya bagi menyertai beberapa program bersama masyarakat terutamanya program anak-anak muda. Program-program yang disertai itu diantaranya Kejohanan Bola Sepak Piala Purnama anjuran Pemuda DUN Manir yang berlangsung di Padang Bola Kampung Kubang Bujuk, Manir. Kejohanan tersebut berlangsung selama 2 hari bermula pada hari Jumaat 13 Julai 2012 dan berakhir pada 14 Julai 2012 disebelah petangnya.
Sepertimana
pesanan dari Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan
supaya tubuh badan menjadi kuat serta boleh terhindar daripada sebarang
penyakit memudaratkan. Ini penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal akan
dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang sentiasa mengambil
kesempatan untuk melakukan ancaman serta provokasi terhadap umat Islam.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik
dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.”
(Hadis riwayat Muslim)
Dan ada juga perpatah Arab yang berbunyi
`Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’
Badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif
untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi,
mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam
kehidupan seseorang Muslim samada dia seorang pelajar atau apa sahaja profesyen
yang dia ceburi. Malah kualiti dalam hasil kerjanya juga akan terserlah dan
akan meningkat dari masa kesemasa di sebabkan dia mempunyai tubuh badan yang
sihat dan mampu memberi penumpuan dan fokus kepada kerjanya.

Selain dari itu, wakil GAMIS juga turut serta
dalam kejohanan yang lain iaitu Kejohanan Ambang Final EURO pada 2 Julai yang
lalu di Mesjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu dan di Pasar Manir, Kuala
Terengganu. Kedua-dua kejohanan ini berlangsung secara serentak pada malam
final EURO bermula jam 9.00 malam hingga 2.30 pagi kemudiannya sesi penyampaian
hadiah dan terus menonton perlawanan akhir EURO bersama-sama anak muda.
Pengerusi GAMIS,
Negeri Terengganu.
No comments:
Post a Comment