Friday, 14 September 2012
Hina Nabi : Mahasiswa Bersama Umat Islam Sedunia
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Berikutan penyebaran sebuah video filem pendek menghina Nabi Muhammad SAW di laman sesawang Youtube. Maka dengan ini Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia cawangan Terengganu bersama dengan umat Islam seluruh dunia mengutuk dengan sekeras-kerasnya perbuatan tersebut.
Selaku mahasiswa yang beragama Islam, kami menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia terutamanya mahasiswa dan mahasiswi Islam supaya bangkit dan menyatakan pendirian kita terhadap penghinaan ke atas batang tubuh baginda SAW. Disamping itu, kita haruslah menjaga adab-adab dan tatasusila dalam menyatakan sokongan dan pendirian kita agar tidak melampau dan mengikut emosi semata-semata sehingga menghina agama lain seterusnya mencetuskan keadaan yang lebih parah.
Agama Islam melarang umatnya menghina agama ataupun pegangan manusia lain namun, jika sekiranya agama Islam dicaci dan dihina serta Nabinya dipersenda. Maka, itu telah dikira melanggar etika yang telah ditetapkan oleh Syarak.
Justeru itu, kami mengharapkan dan menggesa tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak yang bertanggungjawab ke atas mereka yang melakukan penyebaran dan pembikinan filem pendek yang menghina Rasulullah SAW.
Sekian,
Muhammad Nasiruddin Othman
Setiausaha
Gambungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
Cawangan Terengganu
Saturday, 21 July 2012
Perutusan Ramadhan GAMIS Terengganu
Bersyukur
kehadrat Allah SWT, kerana kita masih diberi peluang oleh-Nya dapat bertemu
lagi dengan Ramadhan 1433H, bulan yang mulia (Ramadhan Karim). Dari Abu
Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda: "Apabila bulan
Ramadhan telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah
pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan." (Muttafaq 'alaih)
Sempena
dengan kehadiran Ramadhan yang penuh diberkati lagi mempunyai banyak fadhilat di dalamnya, saya dengan rendah dirinya ingin mengajak semua mahasiswa
Terengganu bersama-sama kita merenungkan perjalanan kehidupan kita di dalam
menyempurnakan urusan seharian dengan aktiviti pembelajaran dan lain-lain
aktiviti di kampus masing-masing. Jika diibaratkan diri ini sebuah mesin, pasti
akan sampai waktu dan tempohnya perlu diservis mengikut tempoh yang telah
ditetapkan supaya tidak akan berlaku kerosakan pada kompenen yang lain.
Demikian
juga tubuh kita, kena jaga dan perlu dibersihkan luar dan dalam. Maka sampainya
Ramadhan adalah bulan untuk kita membersihkan aspek dalaman kita agar pelbagai
penyakit berkaitan dengan hati dan iman dapat diubati dengan cara berpuasa dan
beribadat. Antara penyakit ialah penyakit syirik, takabur, ujub (seronok
sendiri), hasad-dengki, niqmah (dendam), riak (menunjuk-nujuk) dan sebagainya.
Maka ibadat sepanjang Ramadhan adalah penawar mujarab bagi semua jenis penyakit
ini.
Dari
Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW. bersabda: "Barang siapa yang
berpuasa Ramadhan kerana didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredaan
Allah, maka diampunkanlah untuknya dosa-dosanya yang terdahulu." (Muttafaq
'alaih)
Dari
Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah SAW. bersabda: "Allah
'Azzawajalla berfirman -dalam hadis qudsi-: "Semua amal perbuatan anak
Adam -yakni manusia- itu adalah untuknya, melainkan berpuasa, kerana
sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku yang akan memberikan balasan
dengannya. Puasa adalah sebagai perisai dari kemaksiatan serta dari neraka.
Maka dari itu, apabila pada hari seseorang di antara engkau semua itu berpuasa,
janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar. Apabila ia
dimaki-maki oleh seorang atau dilawan dengan bermusuhan, maka hendaklah ia berkata:
"Sesungguhnya saya sedang berpuasa." Demi Zat yang jiwa Muhammad ada
di dalam genggaman kekuasaanNya, sesungguhnya bau dari mulut seorang yang
berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. Seorang
yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan dan ia dapat merasakan
kesenangannya, yaitu apabila ia berbuka, iapun bergembiralah dan apabila telah
bertemu dengan Tuhannya, iapun gembira dengan adanya amalan puasanya."
(Muttafaq 'alaih) Dan ini adalah lafaz riwayat Imam Bukhari.
Oleh
yang demikian, amalan puasa Ramadhan ini diwajibkan oleh Allah sekali setahun
antaranya bertujuan supaya manusia melawan nafsu dalam diri, terutama nafsu
makan dan minum. Dengan melawan nafsu kita telah melatih diri untuk menghayati
bagaimana mengawal hati dan iman supaya tunduk kepada perintah Allah Taala. Di
sebalik perintah Allah, wajib atas kita berhenti makan dan minum di siang hari
selama sebulan. Meskipun perintah-Nya bercanggah dengan hak kita sendiri. Apa
yang utama, dengan cara puasa dan amal ibadat Ramadhan, ia sebagai cara untuk
kita membendong perasaan tamak supaya tahu mana satu hak kita dan mana pula hak
orang lain.
Sepertimana
sebuah hadis Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa memberi makan kepada
orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang
(menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun." (HR Tirmidzi)
Selain
dari mengikhlaskan diri kita, berpuasa adalah untuk menurut perintah Allah
SWT, kita juga beruntung kerana kita dipilih menjadi ummat yang banyak
kelebihan yang mana tidak terdapat pada ummat sebelum ini. Sepertimana
sebuah hadis Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
"Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah
diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."
1.
Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
2.
Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
3.
Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah
hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan
mereka akan datang kepadamu."
4.
Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan
dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada
bulan lain.
5.
Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia
lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja
yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya." (Riwayat Imam
Ahmad)
Akhirnya
saya berharap agar puasa kita pada tahun ini diterima sebagai suatu amalan yang
menjanjikan pintu untuk memasuki Syurga kelak sepertimana diriwayatkan daripada
Sahl bin Sa’d R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: ‘Sesungguhnya di
dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari
Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun
selain mereka memasukinya. Dikatakan: ‘Dimanakah orang-orang yang berpuasa?’
Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain
mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup
sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.’ (HR Bukhari)
Selamat
menyambut Ramadhan Al-Muabarak dengan penuh ketakwaan.
Pengerusi
GAMIS Terengganu.
Omar
Abu Dardak Bin Suhaimi
Friday, 20 July 2012
Wakil GAMIS Terengganu Bersama-sama Anak Muda Dan Masyarakat
HULU TERENGGANU : GAMIS Terengganu telah menghantar wakilnya bagi menyertai beberapa program bersama masyarakat terutamanya program anak-anak muda. Program-program yang disertai itu diantaranya Kejohanan Bola Sepak Piala Purnama anjuran Pemuda DUN Manir yang berlangsung di Padang Bola Kampung Kubang Bujuk, Manir. Kejohanan tersebut berlangsung selama 2 hari bermula pada hari Jumaat 13 Julai 2012 dan berakhir pada 14 Julai 2012 disebelah petangnya.
Sepertimana
pesanan dari Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan
supaya tubuh badan menjadi kuat serta boleh terhindar daripada sebarang
penyakit memudaratkan. Ini penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal akan
dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang sentiasa mengambil
kesempatan untuk melakukan ancaman serta provokasi terhadap umat Islam.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik
dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.”
(Hadis riwayat Muslim)
Dan ada juga perpatah Arab yang berbunyi
`Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’
Badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif
untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi,
mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam
kehidupan seseorang Muslim samada dia seorang pelajar atau apa sahaja profesyen
yang dia ceburi. Malah kualiti dalam hasil kerjanya juga akan terserlah dan
akan meningkat dari masa kesemasa di sebabkan dia mempunyai tubuh badan yang
sihat dan mampu memberi penumpuan dan fokus kepada kerjanya.

Selain dari itu, wakil GAMIS juga turut serta
dalam kejohanan yang lain iaitu Kejohanan Ambang Final EURO pada 2 Julai yang
lalu di Mesjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu dan di Pasar Manir, Kuala
Terengganu. Kedua-dua kejohanan ini berlangsung secara serentak pada malam
final EURO bermula jam 9.00 malam hingga 2.30 pagi kemudiannya sesi penyampaian
hadiah dan terus menonton perlawanan akhir EURO bersama-sama anak muda.
Pengerusi GAMIS,
Negeri Terengganu.
.::Khatirah Ramadhan::.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa"
(al-Baqarah : 183)

Apa yang menjadi tonggak kepada ibadah puasa yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam ayat di atas ialah, 'taqwa'. Maka, ramai dikalangan para Sahabat RA dan para Ulamak yang menghuraikan pengertian taqwa itu sendiri. Antaranya yang disebut oleh Saidina Ali RA tentang pengertian taqwa yang sebenarnya ialah :-
1- Takutkan Allah SWT
2- Beramal dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah SWT
3- Merasa cukup dengan kurniaan Allah SWT walaupun sedikit
4- Sentiasa bersedia untuk Hari Akhirat
Wallahu a'alam.
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa"
(al-Baqarah : 183)

Apa yang menjadi tonggak kepada ibadah puasa yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam ayat di atas ialah, 'taqwa'. Maka, ramai dikalangan para Sahabat RA dan para Ulamak yang menghuraikan pengertian taqwa itu sendiri. Antaranya yang disebut oleh Saidina Ali RA tentang pengertian taqwa yang sebenarnya ialah :-
1- Takutkan Allah SWT
2- Beramal dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah SWT
3- Merasa cukup dengan kurniaan Allah SWT walaupun sedikit
4- Sentiasa bersedia untuk Hari Akhirat
Wallahu a'alam.
Thursday, 19 July 2012
RAMADHAN 1433H
Kita panjatkan syukur kepada Allah SWT dan juga selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi
Muhammad SAW, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang
menyerukan dakwahnya sehingga hari kiamat.
Kedatangan event terbesar tahun ini yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam dengan menjadikan bulan Ramadhan sebagai madrasah Tarbiyah(pendidikan) seterusnya mendapat redha daripada Allah SWT. Bagaimanakah persiapan Ramadhan kita pada kali ini?? Adakah Ramadhan kali ini, semakin baik atau semakin jauh daripada Allah?? Adakah kita sempat menghabiskan Ramadhan tahun ini??
Bulan Ramadhan di Tahun 1433 H atau tahun 2012 Masehi telah tiba, kini tiba saatnya bagi seluruh umat Islam melakukan ibadah wajib, iaitu menunaikan ibadah puasa selama lebih kurang 30 hari dan dengan rasa syukurnya kerana kita masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu bulan barakah ini. Semoga Ramadhan kali ini terus mendapat kenikmatan dan penghayatan dalam beribadah kepada-NYA seterusnya meraih kemenangan.
Allah SWT telah mengistimewakan bulan Ramadhan , pintu-pintu syurga terbentang luas kerana manusia berbodong-bodong melaksanakan ketaatan, ibadah dan taubat. Suasana kondusif untuk syaitan dibelenggu kerana manusia beralih kepada perkara makruf. Siang dan malam Ramadhan merupakan masa kemulian yang diberikan oleh Al-Haq, agar orang-orang yang beriman menambah keimanan kepada Allah SWT dan orang yang jauh daripada Allah mencari peluang yang terbentang luas sehingga Allah SWT mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan dengan Allah SWT.
Wallua’lam
Kedatangan event terbesar tahun ini yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam dengan menjadikan bulan Ramadhan sebagai madrasah Tarbiyah(pendidikan) seterusnya mendapat redha daripada Allah SWT. Bagaimanakah persiapan Ramadhan kita pada kali ini?? Adakah Ramadhan kali ini, semakin baik atau semakin jauh daripada Allah?? Adakah kita sempat menghabiskan Ramadhan tahun ini??
Bulan Ramadhan di Tahun 1433 H atau tahun 2012 Masehi telah tiba, kini tiba saatnya bagi seluruh umat Islam melakukan ibadah wajib, iaitu menunaikan ibadah puasa selama lebih kurang 30 hari dan dengan rasa syukurnya kerana kita masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu bulan barakah ini. Semoga Ramadhan kali ini terus mendapat kenikmatan dan penghayatan dalam beribadah kepada-NYA seterusnya meraih kemenangan.
Allah SWT telah mengistimewakan bulan Ramadhan , pintu-pintu syurga terbentang luas kerana manusia berbodong-bodong melaksanakan ketaatan, ibadah dan taubat. Suasana kondusif untuk syaitan dibelenggu kerana manusia beralih kepada perkara makruf. Siang dan malam Ramadhan merupakan masa kemulian yang diberikan oleh Al-Haq, agar orang-orang yang beriman menambah keimanan kepada Allah SWT dan orang yang jauh daripada Allah mencari peluang yang terbentang luas sehingga Allah SWT mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan dengan Allah SWT.
Keutamaan dan keistimewaan paling
besar bulan ini adalah, Allah SWT telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur’an.
Mungkin ada diantara kita menjadikan Al-quran sebagai koleksi atau perhiasan,
padahal kita sepatutnya mentadabur dan mengingati tujuan sebenar penurunan
Al-Quran serta WAJIB mengamalkan seluruh isi kandungannya. Firman Allah:-
“Dalam
bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan
keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan
yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau
mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit
atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggatikannya pada hari-hari lain.
Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung
kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hedaklah kamu mengagungkan
Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur.”(Al-Baqarah :185)
Sambutan Aidilfitri lebih meriah berbanding sambutan
Ramadhan Al-Mubarak dalam konteks suasana hari jika dibandingkan dengan
negara-negara di Timur Tengah. Semoga kita semua dapat sama-sama melakukan
anjakan paradigma pada bulan Ramadhan sehingga akhir hayat, lalu bertambah umat
Muhammad SAW yang beriman di medan dunia sementara ini.
Akhir kalam, saya mewakili saf kepimpinan Gabungan Mahasiswa
Islam Semalaysia, Terengganu(GAMIST) mengucapkan selamat berpuasa kepada semua
umat Islam serta warga mahasiswa khususnya. Semoga sama-sama kita dapat
tunaikan solat sunat tarawih, qiamulail dan ibadah lain seterusnya tercapai
TAQWA yang menjadi teras dalam diri manusia mukmin.
Wallua’lam
Muhammad Izzuddin Moktar
Pengerusi Majlis Dakwah & Kebajikan GAMIS
Negeri Terengganu
Negeri Terengganu
Friday, 8 June 2012
RUNTUH: HIMPUN dan INGAT

Hasratnya untuk mengingatkan kembali apa yang berlaku tentang penyelewengan yang di lakukan oleh kerajaan negeri dan seharunya sebagai rakyat Terengganu, dapat menunjukkan rasa tidak puas hati atas salah guna kuasa dan urus tadbir yang lemah. Seharusnya ia menjadi satu titik kebangkitan rakyat Terengganu agar rakyat tidak di tindas oleh pemerintah yang zalim! Ayuh Ubah. Berani Berubah.
Membantah Pembekuan PTPTN
Dek kerana mereka berkuasa, mahasiswa telah dijadikan sebagai
tempat uji kaji adalaha suatu tindakan yang sangat kami kesali dan mengecam
tindakan tersebut. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Terengganu menentang tindakan tersebut sebagai suatu tindakan yang tidak masuk akal dan tidak professional.
Hal ini menampakkan seolah-olah mereka sudah lari dari
slogan yang dilaung-laungkan selama ini oleh Perdana Menteri iaitu “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Dengan membekukan PTPTN bagi
kemasukkan
pelajar
baru-baru ini, jelas ia menunjukkan bahawa kerajaan pemerintah hari
ini terdesak sehingga sanggup menjadikan mahasiswa sebagai mangsa politik bagi
menunjuk yang mereka ini berkuasa.
Pebuatan ini jelas telah menzalimi mahasiswa, KUIS dan
UNISEL untuk dijadikan mangsa pemerintah seperti mana kata Menteri Pengajian
Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN) hanya sekadar ingin menguji sama ada Kerajaan Negeri
Selangor serius dalam menyediakan pendidikan percuma. Hal ini dengan jelasnya
mereka menzalimi hak mahasiswa dan kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan
zalim ini. Hal ini ada disebutkan di dalam Al-Quran pada Surah Al-Maidah ayat 8
:
Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu
semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi
menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu
kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku
adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan
bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam
akan apa Yang kamu lakukan.
Pengerusi GAMIS
Negeri Terengganu.
Saturday, 31 March 2012
GAMIS TERENGGANU MENYOKONG IDEA DEKLARASI ANAK MUDA (INSPIRASI)
Gamis Terengganu menyokong penuh gagasan
yang dibawa oleh Deklarasi Inspirasi Anak Muda (INSPIRASI). Inspirasi adalah suatu
gagasan yang mampu membawa kepada penyatuan anak muda dalam usaha
membentuk suatu komuniti anak muda terhadap pembentukan masa hadapan negara Malaysia yang lebih cemerlang untuk dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Di dalam suasana keadaan pada hari ini, generasi muda perlu diberikan perhatian khusus kerana mereka merupakan
golongan paling dominan untuk diletakkan pelbagai harapan dan hala
tuju agama, bangsa dan negara. Golongan ini merupakan pewaris kepada
kepimpinan dan kehidupan akan datang. Mereka perlu lebih tampil dalam
medepani masyarakat dalam semua perkara. Justeru itu keperibadian
mereka harus dilentur sedaya mungkin agar keseimbangan rohani, intelek,
emosi dan jasmani terbena dengan suburnya dalam membentuk generasi muda yang cemerlang.

Gamis Terengganu juga tertarik dengan kesungguhan INSPIRASI di dalam memperjuangkan enam gagasan yang meliputi lapangan
[1] pendidikan,
[2] perundangan,
[3] ekonomi,
[4] kerjaya,
[5] politik
[6] sosial.
Saya yakin dan percaya bahawa INSPIRASI ini mampu bertindak sebagai
check and balance kepada parti politik dan menjadi third voice dalam
usaha pembangunan Malaysia yang lebih gemilang. Dengan ini Gabungan
Mahasiswa islam semalaysia negeri Terengganu menyokong sepenuhnya gagasan
yang dibawa oleh deklarasi Inspirasi anak muda ini yang dipengerusikan oleh
saudara Eikhwan Ali. Kami diperingkat Gamis Terengganu juga menyeru kepada
front-front mahasiswa dan anak muda lain terutama di negeri Terengganu ini untuk turut
bersama-sama dalam menyokong dan menyumbang idea dalam menjayakan
gagasan inspirasi ini.
Pengerusi Gamis Terengganu,
Gamis “Inspirasi anak Muda”
Saturday, 25 February 2012
Visi Dan Misi Kami
VISI
Menerajui gerakan Mahasiswa dalam memimpin kebangkitan dan kesedaran Islam
MISI
Memasyarakatkan GAMIS melalui penerapan elemen dakwah secara holistik
Memperkasakan gerakan mahasiswa sebagai penggerak pendidikan politik berteraskan prinsip Islam
SIGMA memimpin wanita muda sebagai agen reformasi masyarakat
Subscribe to:
Posts (Atom)